ANKARA: Beberapa negara Barat telah mencadangkan untuk menghentikan penjualan senjata dan menyekat perpindahan teknologi ke Israel dalam pakej langkah yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, Sputnik memetik laporan akhbar Turkiye Hurriyet pada Selasa, memetik sumber.
Pertubuhan Kerjasama Islam, Liga Negara Arab dan beberapa negara Eropah membincangkan langkah-langkah yang boleh dikenakan terhadap Israel dan negara-negara yang menyokong negara Yahudi itu dalam konflik Gaza pada mesyuarat di Riyadh di luar Forum Ekonomi Sedunia, lapor akhbar itu.
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara, antara lain, menurut laporan berkenaan.
Terdahulu pada Selasa, Politico melaporkan sekumpulan lebih 90 peguam Amerika Syarikat (AS), termasuk sekurang-kurangnya 20 daripada pentadbiran presiden, menggesa Presiden AS Joe Biden menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel kerana tindakannya di Semenanjung Gaza, yang menurut mereka bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan AS dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Beberapa negara Barat telah mencadangkan untuk menghentikan penjualan senjata dan menyekat perpindahan teknologi ke Israel dalam pakej langkah yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari di ibu negara Arab Saudi, Riyadh. -Reuters
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Nebenzia mengutuk tindakan Israel kerana tindakan mereka terhadap Iran jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna.
Ungkapan Dr Mahathir 16 tahun lalu bergema sekali lagi
Pemimpin berusia 94 tahun ini akan muncul sekali lagi di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), kali ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Asia penggoncang dunia
BENUA Asia memiliki ramuan yang sempurna untuk menjadi kuasa ekonomi dan politik terbesar dunia tidak lama lagi. Pasaran 'mahsyuk' untuk diterokai pelabur.
Negara Barat lebih unggul, namun sosialisme masih jadi pilihan - Xi Jinping
Parti Komunis perlu sedar bahawa sesetengah orang akan menggunakan kelebihan dunia Barat itu untuk menunjukkan kegagalan sistem sosialis.
Barat jangan double standard lawan golongan ekstremis
Keganasan yang dilakukan ini menunjukkan sikap diskriminasi dan prejudis terhadap umat Islam masih wujud dalam kalangan negaranegara Barat.
Masyarakat Barat perlu singkir sikap Islamofobia mereka
Masyarakat negara-negara bukan Islam khususnya masyarakat di kalangan negaragara Barat harus singkirkan sebarang sikap Islamofobia.
Peranan IRENA diperlukan bagi pastikan negara Barat beri bantuan - Ongkili
Malaysia mahu Agensi Antarabangsa Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (IRENA) main peranan bagi pastikan negara Barat penuhi janji mereka untuk memberi bantuan dan sokongan.